Boleh dikatakan, semua dinding selalu ditutup menggunakan cat. Kecuali pada dinding ekpose dan dinding yang diberi lapisan penutup kertas dinding serta dinding yang dibuat dengan tujuan khusus misalnya untuk studio muzik, home theatre dan sebagainya. Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh cat adalah banyak pilihan warna yang boleh diaplikasikan pada dinding, baik yang ada di luar mahupun di dalam bilik.
Oleh kerana itu banyak orang yang membezakan cat dinding menjadi dua yaitu cat yang dipakai untuk dalam ruangan atau dalaman dan cat untuk luar ruang atau luaran. Cat jenis dalaman pada umumny sering mengutamakan keselamatan terutama sekali yang punya kaitan dengan kesihatan serta tidak boleh mengandung racun dan bersifat mesra alam.
Sedangkan cat luar atau luaran, harus bisa lebih tahan terhadap perubahan cuaca baik panas dan sejuk serta tidak mudah mengalami perubahan warna meski sering terkena pancaran cahaya matahari dan air hujan yang turun serta membahasi dinding. Cat untuk luar ruang juga selalu dilengkapi dengan komponen anti cendawan dan lumut. Kerana itu harga cat luar biasanya lebih mahal berbanding dengan cat dalam. Dan mengikut pengalaman yang sering terjadi, jika dilakukan perbandingan maka penggunaan cat luar prosentasenya lebih sedikit dengan cat dalam.
Adapun peralatan yang paling sering digunakan untuk melakukan tugas mengecat diantaranya adalah berus untuk mengecat bidang yang kecil dan sempit dan roller untuk mengecat dinding dan bidang yang lebih luas kerana boleh membuat proses pengerjaannya lebih cepat dilakukan. Sedang untuk celah yang lebih sempit lagi, boleh menggunakan alat semburan. Selain itu masih ada lagi alat pembantu lain seperti ampelas untuk melicinkan dinding jika permukaannya terlalu kasar atau soket untuk menutup dinding yang berlubang dengan dempul dan sebagainya.
Lalu bagaimanakah teknik dan kaedah pengiraan keperluan cat dinding yang tepat ?. Sebab jika terjadi kesalahan tentu akan merugikan. Jika kurang akan berlaku pembaziran masa kerana perlu membeli cat lagi. Terlebih jika kita menggunakan sistem campuran, tidak hanya memakai satu jenis cat saja. Hal ini akan menyusahkan bila ternyata hasil campuran yang baru tidak dapat menghasilkan warna yang sama. Sebalikanya jika terlalu banyak, akibatnya adalah pembaziran dana dan kos.
Agar mampu menetapkan keperluan cat secara tepat, boleh memakai perhitungan sistem unit liter. Adapun standard yang paling bagus adalah satu liter cat dipakai untuk memberi warna pada dinding yang luasnya antara sepuluh hingga dua belas meter persegi setiap satu lapisan dan yang terbaik adalah dua lapisan.
Jika ada ruang yang panjangnya berukuran lima kali enam meter tingginya adalah empat meter, maka jumlah cat yang diperlukan boleh dikira: 2 x (5m + 6m) x 4m lalu hasilnya dibahagikan 12 liter. Jadi akan bertemu angka 22m x 4m = 88, dibahagikan 12 menjadi 7,33 liter. Artinya adalah, untuk satu kali lapisn cat yang diperlukan adalah 7,33 liter dan untuk dua kali lapisan 14,66 liter, jika dibulatkan ke atas menjadi 15 liter
Jika ingin membeli cat tin kecil yang isinya adalah dua setengah liter, maka harus membeli 15: 2.5 = 6 tin. Namun bilan memilih tin yang ukurannya lebih besar iaitu 5 liter jumlah yang perlu dibeli 15: 5 = 3 tin. Sebagai tambahan, ada kemasan cat yang yang lebih besar lagi namanya satu pail, isi atau jumlahnya adalah 20 liter.
Dan yang perlu diingat sistem dan contoh pengiraan ini masih kasar kerana ada dinding yang diberi tingkap, pintu atau lubang yang lain. Jadi hasil perhitungan harus dikurangkan luas beberapa element tersebut.
Kaedah pengiraan Keperluan Cat Dinding
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Posted by: bayani renovation
https://plus.google.com/u/0/+Bayanirenovation
Updated at :
6:55 PM
0 Comments