Home » » Jom, Betulkan Dinding Selepas Banjir!

Jom, Betulkan Dinding Selepas Banjir!

Selepas banjir, bekas banjir akan melekat di dinding anda. Hal ini tentu akan mengganggu pandangan bangunan anda. Bekas banjir yang melekat ini merupakan kotoran dan sisa-sisa yang melekat dan sukar dibersihkan.



Untuk membersihkannya, ada langkah-langkah yang perlu anda lakukan. Langkah-langkah ini juga akan memperbaiki dinding anda.

Simak langkah-langkahnya!

Bersihkan dan Keringkan Dinding anda!

Sebelum melakukan mengecat semula, bersihkan permukaan dinding yang kotor dengan air bertekanan tinggi. Jika perlu, gunakan pula detergen untuk membersihkannya. Selepas itu, kerok lapisan cat lama yang rosak.

Setelah bersih, biarkan dinding kering. Pastikan dinding kering sebelum melakukan tahap yang seterusnya. Jika dinding masih basah, cat akan sukar untuk melekat.

Tutup Retak Rambut!

Retak rambut akan mengakibatkan air mudah masuk ke dalam dinding. Air yang masuk akan merosakkan dinding dan lapisan cat.

Tutup retak rambut dengan cement filler. Anda juga boleh menggunakan plamir tapi jangan di seluruh permukaan. Plamir akan mudah retak di permukaan yang luas.

Lapisi dengan Cat Dasar

Berikan lapisan cat asas pada permukaan dinding yang akan dicat semula. Cat dasar berbahan waterbase dapat mengurangkan serangan alkali pada tembok yang belum kering.

Dengan cat dasar yang tepat, cat baru akan melekat lebih sempurna. Selain itu, cat tidak akan mudah menggelembung dan mengelupas.

Gunakan Cat Anti Noda!

Untuk mengelakkan cat kembali kotor, gunakanlah cat anti noda. Cat anti noda tersedia dua macam, yaitu dengan kandungan latex dan lapisan telus yang menjaga cat.

Selamat memperbaiki dinding!
Share this article :
Posted by: bayani renovation https://plus.google.com/u/0/+Bayanirenovation Updated at : 1:42 AM
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Bayani Home Renovation - All Rights Reserved
Template Created by Bayani Renovation Modified by Bayani Renovation
Proudly powered by Bayani