Pemilihan material merupakan salah satu perkara yang penting dalam membina rumah. Hingga saat ini, material-material dengan paparan alami tetap menjadi yang paling disukai.
Untuk mendapatkan gambaran yang alami, bukan bermakna anda harus menggunakan material yang berasal dari alam. Anda boleh pula menggunakan material sintetik dengan gambaran yang sangat mirip dengan pelbagai kelebihan.
Berikut ini adalah lima alasan kenapa anda perlu beralih ke material sintetik.
Harga
Material semulajadi yang berkualiti tinggi pada umumnya dijual dengan harga yang sangat tinggi. Sedangkan material sintetik mempunyai harga yang lebih berpatutan. Jika anda mahukan material dengan tekstur yang sangat mirip, harganya lebih mahal namu tidak semahal material asalnya.
Walaupun begitu, ada material sintetik yang dijual dengan harga yang lebih tinggi daripada material alami. Namun, material sintetik dengan harga tinggi hadir dengan tujuan khusus seperti anti bakteria, mesra alam, dan tanpa rawatan.
Rawatan
Kejuruteraan pada proses pembuatan membuat material sintetik mempunyai ketahanan yang sangat kuat. Beberapa material sintetik menyatakan hanya memerlukan rawatan yang minimum. Bahkan, ada yang tidak memerlukan rawatan sama sekali.
Pemasangan
Secara umum, tidak diperlukan tenaga pakar untuk memasangnya. Namun, sebahagian material sintetik memerlukan tukang khusus untuk pemasangan tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih rapi. Hal ini berbeza dengan material alami yang kebanyakan boleh dipasang oleh semua tukang.
Ketersediaan
Kerana material sintetik merupakan hasil pembuatan, ketersediaan terjamin selama material tersebut tidak berhenti dihasilkan. Berbeza dengan material alami yang bergantung kepada persediaan yang ada di alam. Hal ini pula yang membuat harga material sintetik relatif stabil dan material semula jadi tidak.
Ketahanan
Anda tentu tahu banyak perkara yang boleh terjadi pada material alami, seperti cuaca, cendawan, anai-anai, membusuk, dan lain-lain. Dengan teknologi yang ada pada material sintetik, hal-hal tersebut boleh dielakkan. Material sintetik boleh bertahan dengan cuaca yang Biruk dan berubah-ubah. Selain itu, anai-anai juga tidak akan mengganggu material sintetik.
Pemilihan material merupakan salah satu perkara membina rumah
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Posted by: bayani renovation
https://plus.google.com/u/0/+Bayanirenovation
Updated at :
1:36 AM
0 Comments