Home » » Penyebab Cat menggelembung

Penyebab Cat menggelembung

Anda tentu pernah melihat bahagian dinding yang sudah dicat menggelembung. Atau mungkin di beberapa sisi dinding anda mengalami hal tersebut. Menggelembungnya cat tersebut disebabkan oleh adanya air yang terperangkap di dalam lapisan cat. Berikut ini adalah beberapa penjelasan mengapa perkara itu boleh berlaku. Kami juga melengkapi dengan pencegahan dan bagaimana memperbaikinya.



Penyebab Cat menggelembung


  • Penyebab yang paling utama adalah adanya kebocoran. Air akan masuk ke dalam lapisan cat.
  • Wap air dan wap thinner yang terperangkap di bawah lapisan cat
  • Dinding masih dalam keadaan lembap dan basah saat melakukan proses mengecat.
  • Keadaan persekitaran yang lembap semasa mengecat. Hal ini akan menimbulkan wap air terperangkap.
  • Proses mengecat dilakukan sekaligus tebal. Hal ini akan menyebabkan bahagian cat paling luar akan kering terlebih dahulu berbanding lapisan bawahnya. Hal ini menyebabkan cat yang basah terperangkap di bawah.
  • Mengecat dilakukan dalam keadaan terik matahari sehingga mengakibatkan kering yang tidak sama rata


Pencegahan Cat menggelembung


  • Pastikan tidak adanya kebocoran yang menyebabkan kemasukan air ke tembok.
  • Jangan lakukan mengecat dalam keadaan lembap, baik keadaan dinding dan keadaan persekitaran.
  • Jangan pula mengecat permukaan dinding yang terkena sinar matahari langsung.
  • Lakukan mengecat dengan beberapa lapisan nipis berulang dalam selang waktu sesuai dengan panduan pengguna.
  • Pastikan permukaan tembok kering sempurna pada saat mengecat.


Pembaikan Cat menggelembung


  • Perbaiki kalis air pada bangunan untuk mencegah kemasukan air ke tembok.
  • Jika bahagian yang bergelembung tidak banyak, perbaiki hanya bahagian yang menggelembung saja.
  • Jika bahagian yang menggelembung banyak dan merebak pada seluruh permukaan, kupas semua lapisan cat hingga ke permukaan dinding. Selepas itu aplikasikan lagi cat asas dan cat finish.
  • Gunakan cat finish yang tepat.
Share this article :
Posted by: bayani renovation https://plus.google.com/u/0/+Bayanirenovation Updated at : 7:57 AM
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Bayani Home Renovation - All Rights Reserved
Template Created by Bayani Renovation Modified by Bayani Renovation
Proudly powered by Bayani